Pengumuman...

- Tempahan dibuka setiap masa.

- Setiap pembelian dari Farah's Delicious Delight akan di beri DISKAUN dengan syarat anda adalah FOLLOWER.

Monday, August 08, 2011

Coklat

Salam semua...


Hari ini telah masuk hari ke-8 kita umat islam semua berpuasa.. Bagaimana dengan puasa anda semua? Ada yang tertinggal atau sengaja tinggal.. Farah's Delicious Delight mendoakan agar anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Alhamdulillah.


Dikesempatan ini juga Farah's Delicious Delight hendak tunjuk pada anda semua COKLAT.. Teruja tak membacanya.. Tunjuk tak payah bayar tapi nak makan kene la tempah dan bayar.. Jangan risau .. Insyaallah sempena hendak raya ni diskaun terhadap produk-produk dari Farah's Delicious Delight akan ada..


Coklat-coklat ini baru hari sabtu minggu lepas kami sediakan untuk dijual di bazar ramadhan. Sebelum hantar kami ambil gambar dulu.

Coklat-coklat ini ada beberapa versi. Ada yang dalamnya 3pcs, 9pcs, 12pcs dan 18pcs. Harga setiap versi ini adalah berlainan. Buat masa ini kami gunakan warna coklat, pink dan hijau. Dalam coklat ini pula kami letak badam dan jem strawberi. Insyaallah dari semasa ke semasa produk untuk coklat ini akan bertambah dari segi warna, corak, dan sebagainya.

Tunggu !!!!

0 comments:

 

Farah's Delicious Delight Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template| Customized by kuizikel.com